Majlis rumah terbuka aidilfitri bagi tahun 2022 diakhiri dengan sambutan oleh Roadcare (M) Sdn Bhd pada 2 Jun 2022. Bertempat di Dewan Perdana Felda dengan jemputan mencecah sehingga 1,000 orang, majlis diserikan dengan kehadiran YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Haji Fadillah Haji Yussof. Turut hadir adalah YB Menteri Belia & Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Hj Azam Bin Baki serta dif-dif kehormat daripada kementerian dan agensi berkaitan.