Bermula pada 11 hingga 13 Jun, Roadcare telah berada di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sempena Hari TVET Negara 2025. Acara ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 12 Jun 2025.
Reruai Roadcare dibanjiri dengan kunjungan daripada pelajar-pelajar sekolah, pelajar-pelajar kolej, mahasiswa dan mahasiswi serta pihak agensi atau syarikat yang turut hadir bagi menyokong aspirasi terhadap pembangunan bakat teknikal.
Roadcare menyokong penuh aspirasi Hari TVET Negara 2025 dan memberikan komitmen terhadap pembangunan bakat teknikal dan vokasional yang berkualiti tinggi.




