Roadcare (M) Sdn Bhd turut memeriahkan Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2022 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Disember 2022. Sambutan yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur, bertemakan “Mengungguli Teknologi, Melonjak Pembangunan” telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan majlis.