Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah menganjurkan Sambutan Hari Profesion Teknikal  Negara 2020 bertempat di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, Menara TM Kuala Lumpur selama dua hari bermula pada 3 Disember 2019 hingga 4 Disember 2019. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

Protasco Berhad, melalui anak syarikatnya Roadcare (M) Sdn Bhd turut serta dalam ruang pameran bersama 40 buah syarikat swasta yang lain. Penyertaan ini dapat memberi peluang kepada para pengunjung pameran untuk mengenali dan mengetahui dengan lebih lanjut kepakaran yang kita tawarkan di dalam perkhidmatan Penyenggaraan Jalan Raya.