Pada 9 April 2020, anak syarikat Protasco Berhad, Protasco Trading Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan 30 unit LED blinker berserta 60 unit bateri kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah.

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh wakil syarikat, Pn Azyda Azmi kepada En Abd. Rahim Ibrahim, Ketua Cawangan Latihan Sukan IPD Kota Setar.

Sepanjang tempoh PKP, pihak polis memerlukan jumlah LED blinker yang banyak untuk digunakan dalam sekatan jalan raya.

Diharapkan sumbangan ini dapat memudahkan urusan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas mereka.