Pada 2 Februari 2018, Protasco telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengadakan aktiviti amal bergotong-royong bersama seramai lebih 40 orang penghuni PAWE bersempena pelancaran Program Sukarelawan kakitangan Protasco Berhad.

Program ini yang dihadiri oleh seramai 36 orang sukarelawan dari Protasco Berhad, diadakan bertujuan untuk mendekatkan hubungan dengan warga emas, sekaligus menggembirakan hati mereka. Syarikat juga menyampaikan sumbangan berupa pembinaan dan pemasangan kabinet dapur untuk kegunaan PAWE. Pelbagai aktiviti lain juga telah dijalankan antaranya senamrobik dan sesi beramah mesra bersama ahli-ahli PAWE.