Sehingga tahun 2016, jumlah orang buta di Malaysia adalah seramai 64,700 orang. Keprihatinan dan bantuan daripada masyarakat umum adalah amat diperlukan untuk mereka meneruskan kehidupan seperti orang biasa. Menyedari hakikat ini, pada 23 November 2017 Protasco telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia. Sumbangan ini diharapkan dapatlah sedikit-sebanyak menampung aktiviti pertubuhan dalam membantu golongan kurang upaya penglihatan di sekitar Selangor/Kuala Lumpur.