Bagi memastikan semua kerja dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Roadcare Sdn Bhd, Empayar Indera Sdn Bhd dan PG-HCM Sdn Bhd bebas daripada wabak COVID19, kesemua premis telah melalui proses nyahkuman secara berkala, dari semasa ke semasa. Manakala proses saringan suhu badan dan nyahkuman kenderaan yang digunakan dijalankan pada setiap hari.