Pada 12 Februari 2019, Permint Granite HCM Sdn Bhd telah menjadi tuan rumah kepada Program Temu Mesra bersama Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar . Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang Taklimat Kerja-Kerja Penyelengaraan Jalan-Jalan Minor di Terengganu.

Selain itu, terdapat juga pengenalan  tentang Sistem Online E-tapong iaitu satu sistem di mana semua maklumat-maklumat jalan untuk diselenggara akan diisi secara dalam talian. Pada majlis yang sama, taklimat ringkas dan demonstrasi berkenaan Infrared Asphalt Heater telah disampaikan oleh  Pengurus Kanan Protasco Trading Sdn Bhd, En Amirul Rafik bin Anwar Taufeek.