Biro Kebajikan dibawah Kelab Kebajikan Protasco telah menganjurkan satu program bersama Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia di Sg. Sekamat, Jalan Cheras, Kajang pada Khamis, 26 September 2019.

Dengan sumbangan wang ringgit yang diterima daripada warga Protasco Berhad dan pihak luar, serba sedikit bantuan dapat disalurkan bagi meringankan beban para penghuni. Sumbangan keperluan harian seperti beras, gula, lampin pakai buang, susu dan makanan telah disampaikan. Pada masa yang sama, pihak KKPro juga turut menerima pelbagai sumbangan lain seperti kerusi roda dan kelengkapan memasak yang turut dihadiahkan ketika program tersebut.

76 orang penghuni yang ditempatkan di Pusat Jagaan tersebut merangkumi warga emas, orang kelainan upaya, terlantar tanpa waris, mualaf/saudara baru dan bekas-bekas pesakit hospital yang mana 53 daripada mereka adalah lelaki dan 23 penghuni wanita.

Lawatan dimulakan dengan jamuan minum pagi bersama-sama dan seterusnya aktiviti gubahan bunga, bermain dam, menganyam ketupat dan diakhiri dengan makan tengahari bersama penghuni pusat jagaan Al-Fikrah.