Pada 23 Ogos 2018 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1439H, Masjid Ikram telah menganjurkan Program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha 2018. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan di mana 2 ekor daripadanya adalah bahagian korban dari warga Protasco manakala 1 ekor lagi adalah sumbangan daripada kerajaan Negeri Selangor untuk seluruh masjid di Negeri Selangor.