Majlis Ibadah Korban Masjid Ikram IUKL bersempena Aidiladha 1441H telah diadakan pada 3 Ogos 2020. Memandangkan kita masih berada dalam tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), majlis diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh jabatan agama negeri. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan dalam majlis tersebut dengan bantuan Ahli Jawatankuasa Masjid Ikram dan juga staf Protasco Berhad.