Pada 22 September 2020, Unit Zakat IUKL dan Masjid Ikram dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Forum Sempena Maal Hijrah yang bertajuk “Aspirasi Hijrah Norma Baharu”.

Program kali ini menampilkan pelawak dan selebriti terkenal, Achey Bocey serta 2 orang penceramah selebriti, iaitu Saudara Syamsul Debat dan Da’i Aiman. Antara intipati yang boleh diambil daripada forum tersebut adalah bagaimana wabak Covid-19 boleh membawa kepada satu transformasi yang lebih baik kepada individu dan juga negara, serta hikmah yang dapat disimpulkan di sebalik wabak ini.