Majlis Menggerak Mula Program empowerNCER Akademik telah diadakan di SMK Kuala Kurau, Perak pada 29 Julai 2020. Dirasmikan oleh Presiden & Naib Canselor IUKL, Prof Dr Ideris Zakaria, majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil daripada NCER, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pegawai Daerah Kerian, Tuan Hj Mohd Sabli Bakri A.M.P. . Program empowerNCER Akademik merupakan inisiatif NCER dalam memperkasa sosio ekonomi keluarga B40 di daerah-daerah yang  terpilih. IUKL telahpun  dilantik sebagai penyedia perkhidmatan akademik. Pada majlis yang sama, pihak IUKL turut menyerahkan barang-barang keperluan kepada wakil keluarga yang terjejas akibat wabak pandemik COVID19 khususnya di daerah Kerian dan Larut, Matang & Selama, Perak.