Pada 12 Oktober 2021, DAL HCM Sdn Bhd dalam program tanggungjawab sosial korporat nya telah menyerahkan sumbangan peralatan perubatan berupa 2 unit “Oxygen Concentrator” untuk kegunaan di Hospital Sibu. Penyerahan sumbangan peralatan perubatan dilaksanakan di Pejabat YB Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN N6 Tupong, Kuching, Sarawak untuk kegunaan pesakit-pesakit Covid-19.

Penyerahan ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Syarikat DAL HCM Sdn Bhd (DHSB), Ts. Sani Zamshuri Bin Bujang yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat DHSB, YBhg. Datuk Dzulkarnaen Bin Ahmad.

Program ini diadakan berikutan penyerahan awal 2 Unit “Oxygen Concentrator” untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Sibu melalui Y.B. Dr. Annuar Rapaee Adun N55 Nangka pada 7 Oktober 2021.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pesakit Covid-19.