Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menjadi platform kepada Syarikat Roadcare (M) Sdn Bhd untuk berkongsi rezeki keuntungan yang mereka perolehi dengan menyantuni golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Objektif CSR ini diadakan ialah sebagai suatu bentuk penzahiran rasa syukur di atas rezeki yang diperoleh syarikat berkenaan. Setiap tahun, Roadcare akan turun padang untuk membantu dan menyantuni golongan yang memerlukan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato’ Wan Imran Wan Omar, program CSR telah menjadi keutamaan Roadcare untuk mendekatkan diri dengan masyarakat di peringkat akar umbi. Ia juga sebagai suatu bentuk penzahiran rasa syukur di atas rezeki yang diperoleh syarikat. Selain itu, Roadcare juga turut menjalinkan kerjasama dengan pihak luar seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menjayakan program tersebut.

 

Majlis Jalinan Kasih – Program CSR KKR Bersama Roadcare

Pada 21 Disember 2018, satu majlis Jalinan Kasih anjuran bersama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan syarikat konsesi Roadcare telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Temerloh, Pahang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Mohd Anuar Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Temerloh pada jam 2.00 petang.

 

 

Sejumlah 2,000 beg sekolah serta alat-alat tulis telah diserah dan diagihkan oleh YB Timbalan Menteri dan pihak Pengurusan Roadcare kepada seramai 2,000 orang anak-anak sub-kontraktor Roadcare dan juga kepada anak-anak yang memerlukan.