Pada 10hb Februari 2025, Program CSR “Back To School” bersama Asnaf dan anak-anak yatim telah diadakan di Masjid Nurul Islam, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur.

Seramai 100 orang kanak-kanak menerima sumbangan kelengkapan sekolah melalui program CSR ini yang dirasmikan oleh YB Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Tetamu kehormat yang turut hadir terdiri daripada Tuan Haji Kamaldin Bin Mohd Damin ( Timbalan Pengarah Operasi JAWI), YBhg. Dato’ Wan Imran bin Wan Omar (Ketua Pegawai Eksekutif), YBhg. Datuk AzizulRahman Bin Mohd Hussain Malim (Pengerusi MPPWP Zon Parlimen Titiwangsa) dan Ustaz Suridzal bin Abdul Rahim (Pengerusi Masjid Nurul Islam).

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai dari JPM (Hal Ehwal Agama), JAWI, Roadcare, AJK Masjid Nurul Islam serta Ibubapa, penjaga dan anak-anak yang menerima sumbangan.

Program ini mencerminkan usaha murni pihak Roadcare bersama komuniti dan pihak masjid dalam membantu keluarga asnaf menyediakan keperluan pendidikan anak-anak mereka.