Pada 1 Oktober 2024, telah berlangsung Majlis Pra – Pelancaran Persidangan Jalan Se-Malaysia Ke 12 dan Kongres Jalan Asia Pasifik, Persekutuan Jalan Sedunia Ke – 5 ( 12th Malaysian Road Conference 2024 & 5th IRF Asia Pasific Regional Congress) bertempat di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Bin Maslan.
Persidangan Jalan Se-Malaysia pada kali ini adalah bagi edisi yang ke 12 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan bertemakan “Driving Innovation for Better Roads”.
Pihak Roadcare (M) Sdn Bhd adalah sebahagian daripada syarikat konsesi jalan yang menjadi rakan strategik MRC 2024. Pihak Roadcare diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar berbesar hati menyampaikan replika cek tajaan Kategori Emas berjumlah RM 50,000 untuk MRC 2024.