Pasukan Roadcare (M) Sdn. Bhd. komited menghadiri “Perhimpunan Bulanan KKR 2025 dan amanat tahun baru Menteri Kerja Raya” yang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR.
Perhimpunan ini adalah untuk menelusuri kejayaan KKR pada tahun lalu dan bersama-sama mengorak langkah serta perancangan yang lebih cemerlang di tahun ini. Roadcare (M) Sdn. Bhd. Berikrar akan sentiasa komited dalam melaksanakan perkara-perkara berikut:-
1. Melaksanakan segala obligasi dalam perjanjian konsesi dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti supaya pengguna menikmati perjalanan yang selamat serta selesa.
2. Bertindak secara kreatif dan mengaplikasikan inovasi-inovasi baharu yang dapat meningkatkan tahap perkhidmatan melalui pengoperasian serta penyenggaraan jalan raya.
3. Mendukung visi-visi kerajaan selaras dengan Malaysia MADANI berteraskan keadilan sosial dan kemakmuran bersama untuk kelestarian jajaran perhubungan jalan raya serta industri lebuh raya di Malaysia.
4. Memperkasakan aspek keselamatan infrastruktur dalam mendukung agenda kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
KECEKAPAN INFRASTRUKTUR, KESELESAAN RAKYAT