YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah menyempurnakan majlis perasmian ‘Overhead Motorcycle Bridge’ dan Menaiktaraf Sistem Perparitan Lorong Motosikal FT02, Lebuhraya Persekutan di Jalan 222, Petaling Jaya, Selangor. YB Timbalan Menteri Kerja Raya hadir bagi mewakili Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian. Projek ini merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan infrastruktur jalan yang lebih selesa, lancar dan selamat.
Roadcare (M) Sdn Bhd adalah kontraktor utama projek penaiktarafan jalan ini dengan kos kontrak yang telah diperuntukan di dalam bajet 2017 sebanyak RM 29 juta.
Majlis ini turut dihadiri YBhg Dato’ Abdul Razak bin Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan) KKR, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Tuan Ir. Ruslan bin Abdul Aziz, Pengarah JKR Selangor dan YBhg Dato’ Norman bin Md Rabani, Jurutera Daerah, JKR Daerah Petaling.
Para pengguna lorong motosikal boleh mula menggunakan laluan ‘Overhead Motorcycle Bridge’ di kedua-dua arah bermula jam 9.00 malam 29 Januari 2019.