Pada 17 Februari 2017, bertempat di Saloma Bistro Kuala Lumpur, Roadcare (M) Sdn Bhd buat julung-julung kalinya telah menganjurkan majlis makan malam tahunan bersama para kontraktor penyelenggaran rutin. Majlis ini telah menghimpunkan sejumlah 418 kontraktor-kontraktor kecil untuk mengiktiraf, menghargai dan memberi penganugerahan berdasarkan prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kerja penyelenggaraan rutin mengikut kualiti paiwaian yang telah ditetapkan.

Dalam Majlis ini, Syarikat Maju Minda Services dari Bangi, Selangor telah dinobatkan sebagai Kontrator Paling Cemerlang disamping lapan lagi syarikat yangmerangkul anugerah bagi kategori kerja-kerja penyelenggaraan yang lain.