Bertemakan ‘Memperkasakan Jurutera Awam Ke Arah IR 4.0’, Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia 2018 telah berjaya diadakan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Tanjung Rambutan, Perak pada 5 hingga 7 Ogos 2018. Mesyuarat yang dihadiri jurutera-jurutera awam seluruh Malaysia itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Bahagian Penyelenggaraan Protasco Berhad sekali lagi mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan sepanjang tempoh mesyuarat itu dijalankan.