Roadcare (M) Sdn Bhd menyertai delegasi Malaysia ke WRC 2023 yang akan diadakan pada 2 hingga 6 Oktober 2023 di Prague, Czech Republic sebagai salah satu syarikat pempamer di pavilion Malaysia. Majlis ‘soft launch’ yang disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Alex Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya itu, diserikan dengan ucaptama oleh Presiden REAM, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza. Mewakili syarikat Roadcare ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu YBhg. Dato’ Wan Imran bin Wan Omar.