Pada 21 Disember 2018, satu majlis Jalinan Kasih anjuran bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Roadcare telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Temerloh, Pahang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Mohd Anuar Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Temerloh pada jam 2.00 petang. Sejumlah 2,000 beg sekolah serta alat-alat tulis telah diserah dan diagihkan oleh YB Timbalan Menteri dan pihak Pengurusan Roadcare kepada seramai 2,000 orang anak-anak Sub-kontraktor Roadcare dan juga kepada anak-anak parlimen Temerloh yang memerlukan. Majlis penyampaian beg dan peralatan sekolah juga telah diadakan pada 22 Disember 2018 di Felda Selancar, Pahang jam 2.30 petang kepada pelajar-pelajar terpilih di Felda Selancar.