Pada 11 Januari 2017, Unit Zakat IUKL telah mengadakan Majlis Agihan Zakat yang bertempat di Blok 10, Unipark Suria, Kajang. Majlis agihan zakat ini bertujuan untuk membantu asnaf dikalangan pelajar dan kakitangan yang layak bagi meringankan beban dan tanggungan mereka. Majlis ini meraikan seramai 29 orang pelajar yang menerima bantuan wang saku dan sebahagian yuran serta 17 orang kakitangan Protasco Berhad kawasan Kajang yang menerima Bantuan Zakat. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden IUKL, Prof Dr Ideris Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Tabung Agihan Zakat IUKL dan majlis ini juga dihadiri oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah dan Agihan Zakat IUKL. Unit Zakat IUKL mengucapakan tahniah kepada semua pembayar zakat yang membayar zakat di kaunter zakat IUKL.