Pada 18 Julai 2020, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah mengadakan lawatan tapak ke FT 28, MRR2, FT 02 Lebuhraya Persekutuan dan FT 15, Jalan Subang Airport. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah pihak pengurusan Roadcare (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Dato’ Wan Imran Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Maintenance Protasco Berhad. Lawatan diadakan bagi membincangkan masalah dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit penyenggaraan jalan di sepanjang laluan terbabit.