Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian telah melakukan lawatan kerja ke Jalan Kebun – Jalan Bukit Kemuning (FT190) Daerah Klang pada hari Rabu, 1 Ogos 2018 bersama calon Pilhan Raya Kecil (PRK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Mereka diiringi oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan Klang bersama-sama pihak konsesi Roadcare (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Roadcare, YBhg Dato Wan Imran Wan Omar sambil diberi taklimat tentang projek yang sedang berjalan di kawasan tersebut.