Bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan tentang aspek keselamatan perkerjaan di jalan raya, satu kursus Pelan Pengawalan Trafik telah dijalankan di ibu Pejabat DAL HCM Sdn Bhd pada 29 Julai 2019. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pegawai Keselamatan DAL HCM, Encik Abg Zikri Abg Kiprawi bersama dua wakil daripada Unit Keselamatan Protasco Sdn Bhd, (Maintenance Division) Encik Sharifudin Uyop dan Encik Mohd Aizat Abd Rahman.