Pada 14 hingga 17 September 2018 yang lalu, Biro Rekreasi di bawah Kelab Kebajikan Protasco (KKPro) telah menganjurkan aktiviti Jom Shopping Spree @ Pulau Langkawi. Lawatan yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Rombongan seramai 53 orang telah dibawa melawat ke beberapa tempat tumpuan pelancong yang menarik di sekitar Langkawi seperti ke kilang gamat, tempat penghasilan produk songket dan batik, kilang produk hasil laut dan taman agrotek MARDI. Para peserta juga berkesempatan meluangkan masa untuk membeli belah di sekitar Pulau Langkawi.