Pada 15 Mei 2019, majlis Iftar Perdana Protasco dan IUKL telah diadakan bertempat di Masjid Ikram, Unipark Suria. Majlis ini merupakan program berbuka puasa perdana tahunan yang telah diuruskan oleh Masjid Ikram dan Jabatan Komunikasi Korporat pada setiap Ramadhan. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan semua kakitangan Protasco dan anak syarikat. Pada masa yang sama, ia adalah untuk meraikan mereka yang lebih memerlukan.

Turut diraikan adalah 40 orang anak yatim dari Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Habbah, Batu Caves Selangor, penerima zakat dari staf Protasco dan pelajar asnaf IUKL yang terpilih. Majlis telah disempurnakan oleh Tan Sri Hadenan bin A Jalil, Pengerusi Protasco Berhad. Majlis turut diserikan dengan alunan nasyid dari Kumpulan Nasyid Putra Nahwan.

Secara keseluruhan, jumlah sumbangan yang diperolehi daripada seluruh kakitangan,sumbangan syarikat dan Zakat IUKL yang berjumlah RM 17,622.00 telah diagihkan kepada 110 orang penerima dalam kalangan anak yatim, kakitangan dan pelajar asnaf IUKL untuk edisi Bantuan Ramadhan kali ini. Selain dapat beramah mesra dan berkongsi kegembiraan berbuka bersama-sama, majlis ini juga secara tidak langsung dapat mengimarahkan bulan Ramadhan dengan mengeratkan lagi semangat Muhibbah  dan kerjasama dalam kalangan warga Protasco.