Pada 4 Mei 2020, Roadcare (M) Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan sebanyak 1,600 unit Pelindung Muka (Face Shield) dan 15 unit kotak aerosol (aerosol booth) yang dihasilkan di makmal GMI kepada Hospital Putrajaya. Turut hadir sama dalam majlis penyampaian yang serba ringkas itu adalah YBhg Dato’ Wan Imran Wan Omar selaku CEO Maintenance Division Protasco, wakil GMI dan Dr Zarif mewakili Hospital Putrajaya.