Roadcare (M) Sdn Bhd melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat Biodiversiti telah mengadakan aktiviti gotong – royong pembersihan pantai bertempat di Pantai Teluk Mak Nik Kemaman, Terengganu. Seramai 90 kakitangan syarikat termasuk pihak pengurusan terlibat dalam aktiviti ini.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah sebagai salah satu Program CSR Biodiversiti syarikat dengan menggalakkan penglibatan kakitangannya agar dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan perairan pantai dalam diri setiap individu di samping dapat mewujudkan persekitaran pantai yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi.




