Aktiviti “Fitness Race Challenge” anjuran Kelab Kebajikan Protasco (KKPro) telah diadakan pada 12 Mei 2018 di Unipark Suria, Kajang. Sebanyak 22 kumpulan menyertai aktiviti ini, yang terdiri daripada 16 kumpulan bagi kategori lelaki dan 6 kumpulan bagi kategori wanita. Terdapat empat acara utama dalam aktiviti tersebut iaitu larian berhalangan sejauh 2km, terjunan tali, tembakan tepat 3 posisi dan berbasikal sejauh 2km. Bagi kategori lelaki, tempat pertama dimenangi oleh peserta daripada Roadcare, Mohd Faisal Kamaruddin & Muhammad Hilmi Mahadis, dengan catatan masa 31 minit 33 saat manakala bagi kategori wanita pula, tempat pertama disandang oleh Noor Azliliyana Kamarohim dan Fazila Md Idris daripada Ikram Engineering Services Sdn Bhd, dengan catatan masa 41 minit 75 saat. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian.