Pada penghujung Disember 2016, Protasco Berhad melalui anak syarikatnya Roadcare (M) Sdn Bhd telah memberi sumbangan dan menaja 3 program hasil kerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat Dengkil. Dengkil merupakan salah satu kawasan operasi Roadcare dalam perkhidmatan penyelenggaraan jalan raya yang juga kawasan terletaknya ibu pejabat Protasco Berhad.
Program pertama adalah Program Keselamatan Jalan Raya yang dijalankan pada 25 Disember 2016. Program ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan jalan raya untuk anak-anak muda yang menunggang motosikal. Bersempena kempen ini juga, penukaran minyak hitam secara percuma diberikan kepadan 200 penunggang motosikal yang terpilih. Penganjuram program yang bernilai RM6,450.00 ini telah ditaja sepenuhnya oleh Roadcare.
Pada 26 Disember 2016 bertempat di Pasaraya Tesco Nilai, telah berlangsungnya Program ‘Back To School’ untuk keluarga-keluarga yang memerlukan dalam
mempersiapkan anak-anak mereka bagi sesi persekolahan 2017. Untuk program ini, Roadcare telah menyumbangkan RM10,000 bersamaan bantuan RM100 seorang untuk 100 orang pelajar.
Pada masa yangs sama, sumbangan juga diberikan untuk meraikan komuniti setempat dalam majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dengkil pada 31 Disember 2016. Sumbangan bernilai RM5,000 adalah bagi menaja hadiah utama untuk cabutan bertuah pada malam itu, berupa sebuah motosikal.




