Sepanjang bulan November dan Disember 2018, Roadcare (M) Sdn Bhd telah menjalankan pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat atau lebih dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan seluruh Malaysia.
1. Penyampaian beg sekolah kepada murid-murid SK Long Luping oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian anjuran Roadcare & DAL – HCM dan PUSPANITA KKR di Ba’kelalan, Sarawak pada 14 Disember 2018
2. Program CSR Lampu Jalan Solar untuk penduduk Kg Long Luping, Ba’kelalan oleh DAL-HCM pada 14 Disember 2018.
3. Sumbangan CSR katil dan kerusi roda kepada pesakit-pesakit di Kg. Sandur, Lawas, Sarawak pada 14 Disember 2018 bersama YB Tuan Baru Bian.
4. Sumbangan daripada Roadcare Pahang kepada keluarga mangsa kemalangan lori pekerja subkontraktor di Karak, Bentong, Pahang.
5. Program Kembali Ke Sekolah Siri 2 dan Meraikan Pelajar Cemerlang UPSR 2018 Parlimen Bera di Felda Purun, Bera, Pahang pada 16 Disember 2018.