Acara kemuncak CIMB ASEAN Cultural Night Run 2025 anjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Koperasi LLM Berhad (KLLMB) pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang telah berlangsung dengan penuh meriah.

Seramai 54 peserta larian dari Kumpulan Protasco Berhad turut mengambil bahagian dalam acara larian ini yang merangkumi tiga kategori iaitu 5KM Fun Run, 10KM Run dan 21KM Half Marathon. Acara ini turut disertakan lagi dengan kategori 3KM VIP Run. Tahniah diucapkan kepada para peserta larian dari Kumpulan Protasto Berhad yang telah menunjukkan prestasi yang baik.

Reruai Roadcare diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, bersama YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.