Pada 17 April 2018, Masjid Ikram telah menganjurkan Ceramah Sempena Isra’ dan Mikraj dengan tajuk ‘Transformasi Ke Arah Budaya Kerja Cemerlang’. Ceramah ini disampaikan oleh YBhg Ustaz Hj Ahmad Kamarul Najam bin Datuk Hj Mohd Ghazali, Pegawai Tadbir Daerah Sepang bertempat di Masjid Ikram, Unipark Suria.