
Acara 11th Malaysian Road Conference & Exhibition yang pada awalnya dijadualkan untuk tahun 2020 akhirnya berjaya diadakan pada 11 hingga 13 Oktober 2022 – setelah kemelut Covid-19 sudah hampir stabil. Bertempat di World Trade Centre, Kuala Lumpur program ini dilaksanakan bersama 4th International Road Federation Asia-Pacific Regional. Roadcare (M) Sdn Bhd menjadi Platinum Partner untuk program yang mengumpulkan semua pakar penyenggara jalanraya ini. Turut serta mengambil bahagian ialah syarikat bersekutu Protasco Berhad yakni DAL-HCM dan QP Industries.




